
PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QUR’AN, SESI MAC 2023M, ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIFF ALI
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan
Sabtu, 28 Januari 2023 – Majlis memperbaharui lantikan YM Prof Dr Abdul Somad sebagai Profesor
UNISSA PRESS Simpang 347, Jalan Pasar Gadong, Gadong BE1310 Negara Brunei Darussalam Tel: +673 2462000
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Penyerahan Derma Anak Yatim Bagi Warga UNISSA.
Aktiviti yang berkebajikan ini adalah merupakan acara tahunan UNISSA dalam menyemarakan bulan Ramadhan di samping program-program Ihya Ramadhan yang telah dijalankan sebelumnya seperti majlis khatam al-Quran secara online dan sambutan Nuzul al-Quran.
Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk meraih keberkatan dengan menggandakan amal ibadat di bulan yang mulia ini serta untuk mengembirakan hati anak-anak yatim khususnya dari anak-anak warga UNISSA termasuk pelajar-pelajar dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ini.
Pada tahun ini, seramai 41 orang anak yatim telah menerima sumbangan tersebut dengan penyerahannya menggunakan kaedah pandu lalu (drive thru) yang disempurnakankan oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
Adapun kaedah berkenaan bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan COVID-19 dan mengelakkan kesesakan dan perhimpunan beramai-ramai sebagaimana disarankan oleh pihak Kerajaan.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YM Dr Supri bin Haji Sudin, Dekan Pelajar selaku Pengerusi Majlis Program Ihya Ramadhan UNISSA.