LAWATAN KERJA KE INSTITUSI-INSTITUSI DI MALAYSIA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

27 Julai 2023 – Seramai 9 orang tenaga akademik telah membuat lawatan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh Rektor Dr. Haji Norarfan Bin Haji Zainal, UNISSA dan YM Profesor Dato’ Dr Md Fakhrudin Bin Hj Abdul Mokti, Dekan Fakulti Usuluddin, UNISSA

Lawatan Ilmiah ini adalah salah satu inisiatif Fakulti Usuluddin untuk menimba pengalaman dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus al-Quran khususnya dan kursus-kursus Usuluddin di UNISSA umumnya. Selain itu, lawatan ini juga dapat memberi peluang kepada semua ahli rombongan berkenalan dan meluaskan rangkaian perhubungan dengan pakar profesional daripada institusi pengajian tinggi di luar negara, serta dapat pula memperkenalkan nama UNISSA kepada mereka. Adapun objektif program ini diadakan adalah untuk menimba pengalaman dan bertukar fikiran dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam pelbagai bidang program,khususnya bidang al-Quran dan Usuluddin. Disamping itu, mengukuhkan hubungan dua hala antara UNISSA dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia yang telah ada jalinan Memorandum Persefahaman (MoU) atau Memorandum Perjanjian (MoA) mahu pun peluang ke arah itu.

Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), rombongan dibawa melawat ke Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) yang bertanggungjawab untuk menumpukan kajian, penyelidikan dan inovasi terhadap pengajian Islam OKU. Pusat ini telah dijadikan sebagai bidang bitara (niche area) kepada FPQS. Pusat tersebut telah banyak menghasilkan bahan-bahan rujukan terutama Quran Braille dan Quran bagi OKU pekak. Pusat tersebut telah banyak menghasilkan bahan-bahan rujukan terutama Quran Braille dan Quran bagi OKU pekak.

Semasa lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), rombongan juga didedahkan berpengalaman dalam penawaran kursus al-Quran dimana Universiti tersebut telah mewajibkan kursus al-Quran kepada semua  mahasiswa-mahasiswi dalam bidang agama mahu pun bidang lainnya.

Menerusi lawatan ini nanti akan memberi pendedahan kepada warga FU untuk merancang dan menyusun strategi lebih baik dalam menyediakan dan mempersiapkan pelajar-pelajar UNISSA dalam bidang al-Quran umumnya, dan pelajar  FU khasnya dalam kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam menyantuni pihak OKU.