PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA BRUNEI DARUSSALAM CENTRAL BANK DAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Pada 18 November 2024 bersamaan dengan 16 Jamadilawal 1446, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Khamis, 17 Disember 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban telah mengadakan Kempen Masyarakat Peduli Halal (KMPH). Program ini diketuai oleh Dayang Raihana Mohd Raffi selaku Penolong Pensyarah di Pusat tersebut.
Program tersebut telah diadakan di Pusat Bandar Seri Begawan selaras bersama Program BandarKu Ceria. Seramai 51 orang sukarelawan terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjalankan Program KMPH. Kempen ini diadakan untuk mendukung Kempen Hari Bertindak Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Tujuan utama program ini ialah untuk menyebarkan pengetahuan mengenai halal dan haram kepada masyarakat ramai dan juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menerapkan pengetahuan tersebut dalam kehidupan seharian kita. Kempen Masyarakat Peduli Halal ini merangkumi pelbagai permainan yang dijalankan oleh para sukarelawan berasaskan dengan pengetahuan halal dan haram. Diantara permainan yang dikendalikan oleh para sukarelawan adalah seperti kuiz halal dan haram, permainan detektif halal dan juga teka teki. Permainan tersebut sesuai untuk semua peringkat umur iaitu dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Selain itu, para sukarelawan juga menggalakkan penyertaan dari para pengunjung BandarKu Ceria dengan aktiviti kuiz halal dan haram dimana para sukarelawan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan para pengunjung seperti Kompleks Yayasan Sultan haji Hassanal Bolkiah, Taman Mahkota Jubli Emas dan juga Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Tambahan lagi, objektif program ini adalah untuk menerapkan konsep “Quality of Education” yang terdapat di dalam Sustainable Development Goals (SDGs) serta bagi menerapkan, memupuk dan membudayakan sifat kesukarelawanan bagi pelajar UNISSA. Nilai sukarelawanan perlu dibangunkan secara holistik agar para sukarelawan lebih didedahkan dengan sifat bertanggungjawab dengan kewajipan masing-masing iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.