KEMPEN KEBERSIHAN PANTAI & HARI USRAH PPHT

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

HALALAN THAYYIBAN STUDENT SOCIETY (HTSS) MENGANJURKAN KEMPEN KEBERSIHAN PANTAI DAN HARI USRAH PPHT

Ahad – 16 Julai 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah berjaya mengadakan program kempen kebersihan pantai. Kempen tersebut diadakan di kawasan Pantai dan Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.

Menerusi kata ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA, beliau berkata pelaksanaan kempen ini sangat bagus untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang cakna dalam menjaga persekitaran demi mengekalkan ekosistem dan habitat yang sihat. Tambahan beliau ianya juga satu usaha yang baik bagi membantu pihak kerajaan dalam usaha bersama untuk sentiasa memastikan kawasan pantai dan taman rekreasi dalam keadaan bersih untuk dikunjungi oleh orang awam. Turut hadir ke program tersebut merupakan dikalangan Timbalan Pengarah dan Tenaga Akademik PPHT.

“Saya melahirkan rasa bersyukur kerana program ini mendapat sambutan yang cukup mengalakkan dan ianya juga mendukung agenda kelestarian alam oleh United Nations Sustainable Development Goals…” – Pengarah PPHT

Program ini diketuai oleh Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Sani, Pengerusi Halalan Thayyiban Student Society 2022/2023.

Sebanyak 103 kilogram sampah berjaya dikutip di sepanjang pesisir pantai dengan 80 peratus sampah terbabit melibatkan plastik seperti botol. Justeru itu, program ini juga adalah salah satu alternatif untuk mengikut ajaran Sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam dalam menjaga kebersihan dimana ianya merupakan sebahagian daripada iman. Oleh itu, menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab masyarakat untuk menjadikan alam semesta selamat daripada sebarang pencemaran khususnya pencemaran pantai. Dengan adanya program ini akan dapat membantu membersihkan kawasan pantai tersebut serta memupuk tanggungjawab dan kesedaran kepada semua yang terlibat.

Aktivit kempen tersebut diteruskan dengan sambutan Hari Usrah PPHT bersama pelajar-pelajar di Pusat tersebut. Sambutan tersebut bertujuan untuk merapatakan hubungan kekeluargaan, memupuk keharmonian dan perpaduan dikalangan tenaga akademik dan pelajar.