KEMPEN BUDI BUKU

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KEMPEN BUDI BUKU BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-40 TAHUN

Khamis, 29 Februari 2024 – Bagi meraikan Semarak Hari Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 40 tahun, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban melalui Unit Perhubungan dan Penerangan, Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) telah mengemukakan rancangan untuk mengadakan sebuah kempen penyumbangan buku pada bulan Februari 2024. Kempen tersebut dinamakan “Kempen Budi Buku”.

Perkataan “Budi Buku” merupakan suatu perbuatan yang baik dan terpuji yang berhubungan dengan buku seperti perbuatan penyumbangan buku. Kebaikan yang terkait dengan menyumbang buku adalah merupakan salah satu amalan yang terpuji dan dibenarkan di dalam agama Islam kerana ia dianggap bersedekah sambil berkongsi ilmu pengetahuan dengan sesama manusia.

Kempen ini merupakan usaha yang murni oleh badan pelajar dalam sama-sama menyokong usaha Universiti dan Negara Brunei Darussalam terhadap Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali dengan Sustainable Development Goals (SDG) menekankan kepada SDG4: Quality Education, SDG12: Responsible Consumption and Production dan SDG15: Life on Land. Unit Perhubungan dan Penerangan, HTSS  telah menyediakan sebuah kotak “Budi Buku” di Kampus Sinaut dan Kampus Gadong, UNISSA untuk semua warga UNISSA menghulurkan sumbangan buku-buku yang sudah digunapakai. Kemudian sumbangan buku-buku tersebut telah diserahkan kepada pihak SMARTER Brunei, Sg. Hanching.

Penyerahan disampaikan oleh Pengerusi HTSS, Muhammad Nazirul Hadi bin Haji Alladin, Pengerusi Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) kepada Puan Malou Radovan, Pengarah Praktik Klinikal SMARTER Brunei, Kg. Sg. Hanching.