HARI USRAH PUSAT PENYELIDIKAN HALALAN THAYYIBAN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

HARI USRAH PPHT ERATKAN SILATURRAHIM

Ahad, 23 Jun 2024   – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah mengadakan program Hari Usrah PPHT bertempat di Taman Peranginan Kampong Parit. Program ini merupakan aktiviti tahunan Pusat tersebut semasa musim cuti semester Universiti. Seramai 80 mahasiswa dan mahasiswi hadir terlibat bagi memeriahkan hari usrah tersebut.

Di antara objektif untuk pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi dan tenaga akademik untuk ikut serta dalam aktiviti riadah, ia juga dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bergiat aktif dalam mengikuti pelbagai aktiviti fizikal dan sukan disamping itu dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim diantara warga Pusat. Selain itu juga  hari usrah ini dapat memupuk sikap saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain dikalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam mengungkayahkan program.

 

Turut hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis ialah Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), tenaga-tenaga akademik serta mahasiswa dan mahasiswi Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban.

 

Beberapa aktiviti telah diungkayahkan untuk memeriahkan hari usrah tersebut yang bersifatkan team building. Antaranya adalah seperti permainan musical chair, amazing race, chopstick challenge, tissue roll challenge dan banyak lagi. Ianya bertujuan antara lain adalah untuk memupuk sikap saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain dikalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam menghadapi cabaran dan halangan semasa mengikuti permainan yang disediakan.

Penyampaian hadiah juga diteruskan bagi pemenang games, most supportive intake award, best intake award dan most valuable player bagi kategori mahasiswa dan mahasiswi.