Seramai 340 orang pelajar UNISSA terlibat di dalam bengkel yang diungkayahkan oleh Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat Hal Ehwal Pelajar iaitu mulai pada hari Sabtu, 04 November 2023, bertempat di Surau al-Syafiโi, UNISSA.
Antara objektif bengkel ini adalah bagi membantu pelajar UNISSA mendalami dan juga memperelok bacaan tahlil & doa sebagai persiapan pelajar UNISSA sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Selain itu, bengkel ini juga merupakan galakkan kepada mereka agar menjadikannya sebagai budaya dan amalan dalam kehidupan seharian.
Adapun pembimbing bengkel berkenaan terdiri daripada 25 orang mahasiswa/i UNISSA dari pelbagai fakulti/pusat yang berkelayakan iaitu melalui pemilihan (tasmik).
![](https://unissa.edu.bn/storage/2024/10/Picture13.jpg)