DATA PRIVACY DAY: PROTECTING YOUR DIGITAL WORLD

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Isu eksploitasi data merupakan salah satu cabaran yang dihadapi dalam era digital kini. Isu kejadian data eksploitasi dalam kalangan masyarakat yang disebabkan oleh ketidaksedaran terhadap sejauh mana data peribadi yang telah mereka kongsi dalam aplikasi dan peranti mereka boleh mengakibatkan pelanggaran privasi. Dengan anjuran Data Privacy Day: Protecting Your Digital World, inisiatif ini akan menyumbang kepada proses penyelesaian serta pelaksanaan amalan-amalan terbaik di kalangan belia Brunei Darussalam dalam menangani isu eksploitasi data dan kepentingan data peribadi.

Data Privacy Day: Protecting your Digital World merupakan satu program anjuran dari Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSSE), Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar UNISSA sesi 2023/2024 antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar kepentingan menjaga privasi individu, dan juga untuk menambah baik kemahiran peserta di dalam menghasilkan video dan melakukan penyelidikan yang teliti.

Program ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi Pertandingan menghasilkan video yang bertemakan Cybersecurity Awareness. Sesi pertama ini telah dimulakan pada Disember 2023 dan dibukakan kepada semua pelajar UNISSA. Manakala sesi kedua pula merupakan Forum ‘Digital Privacy: Empowering Your Digital Rights dan pengumuman dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan video ‘Cybersecurity Awareness. Majlis ini telah diadakan pada hari Sabtu, 13 Januari 2024 bertempat di Auditorium UNISSA. Majlis ini telah ditaja oleh DataStream Digital Sendirian Berhad (DST), Authority of InfoCommunication Technology Industry (AITI) of Brunei Darussalam, Project PrintHub dan Beverages By Wafi.

Hadir pada majlis hari ini ialah YM Haji Hayatuddin bin Haji Moksin, Dekan Pelajar UNISSA selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir ialah Mr Edmund Lim, Associate Vice President, Data Analytics, Digital and Innovation DST dan YM Norshahrul Nizam bin Othman, Timbalan Ketua Eksekutif Data Protection Office and International Group.

Forum pada hari ini disampaikan oleh Mr Edmund Lim sendiri bersama Farah Zainal, Pengurus Personal Data Protection Office, AITI. Forum tersebut mengupas tentang topik mengenai keselamatan digital dan tatacara mengatasi ancaman siber yang boleh dialami oleh pelajar. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan menghasilkan video Cybersecurity Awareness. Tempat pertama dimenangi oleh pelajar 20B0004 Muhammad Haziq Aniq bin Hanip yang membawa pulang wang tunai $150 daripada DST dan cash voucher bernilai $200 tajaan AITI, manakala tempat kedua oleh 20B0612 Muhammad Abd Hakim bin Mohammad Asnan yang membawa pulang wang tunai $120 daripada DST dan cash voucher bernilai $150 tajaan AITI. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar secara berkumpulan yang membawa pulang wang tunai $90 daripada DST dan cash voucher bernilai $100 tajaan AITI.