
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) BAHARU SESI 2025/2026
Sukacita memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi sesi 2025/2026. Seramai
Sukacita memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi sesi 2025/2026. Seramai
Selasa, 17 Jun 2025 – UNISSA berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Universiti Pendidikan
Bengkel Merombak Tesis ke Buku Siri ke 2 sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2025 UNISSA
Bengkel Penulisan Di Dalam Artikel Jurnal telah diadakan pada 18 Safar 1444H bersamaan dengan 15 September 2022M yang disampaikan oleh fasilitator iaitu Prof Dr Razali bin Mat Zin. Bengkel Penulisan Di Dalam Artikel Jurnal ini adalah anjuran Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Adapun tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan bimbingan kepada ahli-ahli akademik UNISSA dalam hal ehwal penulisan jurnal berwasit dan berindeks antarabangsa.
Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik UNISSA telah menghadiri bengkel tersebut yang diadakan secara fizikal di bilik Latihan L1.3, UNISSA. Diharapkan agar penganjuran bengkel ini para peserta akan dapat menghasilkan artikel jurnal yang baik dan meningkatkan lagi kemahiran menulis artikel mereka.