BEACH CLEAN UP & USRAH

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah berjaya mengadakan program kempen kebersihan pantai. Kempen tersebut diadakan di kawasan Pantai dan Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.

Menerusi kata ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA, beliau berkata pelaksanaan kempen ini sangat bagus untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang cakna dalam menjaga persekitaran demi mengekalkan ekosistem dan habitat yang sihat. Tambahan beliau ianya juga satu usaha yang baik bagi membantu pihak kerajaan dalam usaha bersama untuk sentiasa memastikan kawasan pantai dan taman rekreasi dalam keadaan bersih untuk dikunjungi oleh orang awam. Turut hadir ke program tersebut merupakan dikalangan Timbalan Pengarah dan Tenaga Akademik PPHT.

“Saya melahirkan rasa bersyukur kerana program ini mendapat sambutan yang cukup mengalakkan dan ianya juga mendukung agenda kelestarian alam oleh United Nations Sustainable Development Goals,” katanya sebelum memulakan kempen tersebut. Program ini diketua oleh Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Sani, Pengerusi Halalan Thayyiban Student Society 2022/2023.

Sebanyak 103 kilogram sampah berjaya dikutip di sepanjang pesisir pantai dengan 80 peratus sampah terbabit melibatkan plastik seperti botol. Justeru itu, program ini juga adalah salah satu alternatif untuk mengikut ajaran Sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam dalam menjaga kebersihan dimana ianya merupakan sebahagian daripada iman. Oleh itu, menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab masyarakat untuk menjadikan alam semesta selamat daripada sebarang pencemaran khususnya pencemaran pantai. Dengan adanya program ini akan dapat membantu membersihkan kawasan pantai tersebut serta memupuk tanggungjawab dan kesedaran kepada semua yang terlibat.

Aktivit kempen tersebut diteruskan dengan sambutan Hari Usrah PPHT bersama pelajar-pelajar di Pusat tersebut. Sambutan tersebut bertujuan untuk merapatakan hubungan kekeluargaan, memupuk keharmonian dan perpaduan dikalangan tenaga akademik dan pelajar.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) through its student body Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) from the Halalan Thayyiban Research Centre (HTRC) has successfully held a beach cleanliness campaign program. The campaign was held in the Berakas Forest Reserve Beach and Recreation Park.

In the opening speech delivered by Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Director at the Halalan Research Center Thayyiban, UNISSA, he said the implementation of this campaign is very good to produce students and communities who are aware of the environment in order to maintain a healthy ecosystem and habitat. He added that it is also an excellent effort to help the government in a joint effort to always ensure that beach areas and recreational parks are in a clean condition for the public to visit. Also present at the program were the Deputy Directors and Academic Staff of HTRC.

“I express my gratitude because this program has received quite an encouraging response and it also supports the environmental sustainability agenda by the United Nations Sustainable Development Goals,” he said before starting the campaign. This program is led by Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Sani, Chairman of Halalan Thayyiban Student Society 2022/2023.

A total of 103 kilograms of trash was successfully collected along the coastline with 80 percent of the garbage involved involving plastic such as bottles. Therefore, this program is also one of the alternatives to follow the teachings of the Sunnah of the Prophet Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam in maintaining cleanliness which is part of the Islamic faith. Therefore, keeping the environment clean is the responsibility of the community to make the universe safe from any pollution, especially beach pollution. The execution of this program will help clean up the beach area as well as foster responsibility and awareness among all parties involved.

The campaign activities continued with the PPHT Usrah Day celebration with the students at the Centre. The celebration aims to strengthen family ties, foster harmony and unity among academics and students.