UNISSA METRAI HUBUGAN KERJASAMA DENGAN PT FIN CENTERINDO SATU, INDONESIA
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
KAMPUS UNISSA SINAUT MERAYAKAN HARI AIDILFITRI BERSAMA PELAJAR Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam
PRODUCT AND SERVICE INVENTION COMPETITION SEES THE POTENTIAL IN THE DEVELOPMENT OF SCIENCE AND TECHNOLOGY
Isnin, 27 September 2021- Program Terima Kasih Wira Kita telah diadakan bermula pada 27 September hingga 03 Oktober 2021. Daripada pengumpulan barang-barang dan kewangan sehingga penyerahan barangan sumbangan kepada pekerja barisan hadapan dan pesakit COVID-19. Semua ini telah diungkayahkan dan dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 secara keseluruhan. Ianya juga melibatkan semua unit di bawah Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021.
Program ini dibuat bagi membantu menyumbangkan barangan keperluan kepada pekerja barisan hadapan “frontliners” dan juga ke tempat-tempat pengasingan diri (Quarantine place) yang ada di setiap daerah-daerah di seluruh negara ini. Ianya adalah salah satu cara bagi meringankan bebanan frontliners dan pesakit-pesakit COVID-19 dan secara tidak langsung menghargai jasa frontliners yang telah bertungkus lumus dalam menangani wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.