PERTANDINGAN HADRAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, PIALA CANSELOR 2024/2025
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Ahad, 25 Januari 2025- Pertandingan Chancellor’s Trophy bagi tahun 2024/2025 anjuran bersama Universiti Islam Sultan
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Selasa, 4 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) mengadakan Mu’tamar Bahasa Arab Kebangsaan 1446H (MuBaAraK 1446H) sempena Sambutan Bulan Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada setiap bulan Sya’aban.
Mu’tamar ini merupakan anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam.
Antara objektif MuBaAraK 1446H ini diadakan ialah bagi memantau perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab antara institusi di Negara Brunei Darussalam, mengeratkan kerjasama pelbagai pihak di negara ini dalam mengembangkan peluang dan mutu pengajaran Bahasa Arab dalam mengukuhkan jati diri Negara Zikir dan seterusnya meningkatkan kesedaran terhadap Bahasa Arab dan menarik minat Masyarakat untuk mempelajarinya. MuBaAraK 1446H ini merupakan kesinambungan MuBaAraK yang telah diadakan pada tahun lalu yang dihoskan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Tema bagi MuBaAraK 1446H pada tahun ini ialah “Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab: Keistimewaan atau Keperluan?”
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Haji Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku wakil Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Mohammad Tashim bin Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Bersama MuBaAraK 1446H, Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah menekankan bahawa Negara Brunei Darussalam melalui beberapa institusi adalah amat komited dalam memelihara dan memperkasa pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab bahkan ia menjadi salah satu komponen yang tidak terpisahkan daripada identiti Islam dan budaya di negara ini selain memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu dan ketamadunan.
Majlis diserikan dengan sesi forum yang terdiri daripada 4 orang panel forum yang merupakan para pencinta Bahasa Arab dari pelbagai institusi di negara ini dengan tajuk “Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab: Keistimewaan atau Keperluan?”
Majlis juga diselajurkan dengan pengumuman anugerahan Tokoh Bahasa Arab 1446H iaitu Yang Mulia Dato Seri Setia Ustaz Haji Kassim bin Haji Lamat.
Acara seperti adalah diharapkan agar dapat menambahkan lagi minat para pencinta Bahasa Arab, bahasa al-Quran dan al-Hadith bagi memartabatkan lagi pengukuhan Islam di negara ini dalam usaha sama mencapai Negara Zikir.