PROGRAM BENGKEL CONFLICT MANAGEMENT

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Khamis, 07 November 2024M — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Persatuan Alumni UNISSA dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA telah menganjurkan program “Conflict Management” yang dikendalikan oleh Epipeople Management And Consultancy.

Seramai dua puluh lima peserta terdiri daripada alumni-alumni UNISSA telah menyertai program tersebut. Program ini bertujuan untuk membangun sahsiah diri yang mantap di kalangan Alumni UNISSA dari sudut komunikasi interpersonal dan kemahiran perundingan sesama pekerja. Di samping itu, ia juga bertujuan bagi mengenalpasti personaliti diri alumni agar dapat membantu mereka dalam menghadapi konflik dengan tenang dan dapat menyelesaikannya dengan baik bukan sahaja ketika di alam pekerjaan malahan juga dalam kehidupan sehari-hari.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh wakil dari peserta program “Conflict Management” iaitu Yang Mulia Muhammad Nazif Safwan bin Abu Bakar, Alumni UNISSA 2023.

Kemudian, program diteruskan dengan sesi pertama iaitu ice breaking yang disampaikan oleh Yang Mulia Siti Nur Syahmina binti Zaini, Junior Consultant, Epipeople Management And Consultancy bagi membentuk hubungan awal antara peserta-peserta program. Melalui sesi pertama ini, perdebatan mengenai topik telah dibicarakan secara perkumpulan termasuk penjelasan mengenai konflik kepada peserta-peserta program.

Pada sesi kedua sebelah petang pula, program diteruskan dengan penyampaian yang disampaikan oleh Yang Mulia Ahmad Syauqie bin Haji Satia, Consultant Trainee, Junior Consultant Epipeople Management And Consultancy. Dalam sesi ini dijelaskan mengenai ciri-ciri personaliti diri yang terdapat dalam diri sendiri dengan menggunakan formula DISC personality. Dengan ini, peserta-peserta program dapat mengetahui akan personaliti diri masing-masing serta dapat menyelesaikan konflik berpandukan pengetahuan yang diberikan.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Yang Mulia Muhammad Raihanuddin bin Haji Pudin, Pemangku Setiausaha Persatuan Alumni UNISSA kepada kedua-dua fasilitator dan seterusnya sesi bergambar secara berkumpulan.