MAJLIS PERASMIAN MAHRAJAN (KARNIVAL) BAHASA ARAB SEMPENA HARI BAHASA ARAB SEDUNIA 2024, DAN SEMPENA BRUNEI DISEMBER FESTIVAL 2024.
Rabu, 18 Disember 2024: Melihat kepada kepentingan Bahasa Arab di sebuah negara zikir, Negara Brunei
Rabu, 18 Disember 2024: Melihat kepada kepentingan Bahasa Arab di sebuah negara zikir, Negara Brunei
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Khamis, 31 Oktober 2024, UNISSA telah menerima kunjungan daripada Universitas Islam Negeri Siber Syekh Nurjati Cirebon (UINSSC), Indonesia yang diketuai oleh, Profesor Dr Aan Jaelani, Rektor UINSSC.
Antara perbincangan ialah mengenai peluang kerjasama dan kolaborasi dalam melaksanakan beberapa aktiviti di peringkat antarabangsa serta pentingnya meningkatkan kerjasama yang kukuh dengan tujuan untuk menerokai peluang-peluang baharu untuk kerjasama, meningkatkan kerjasama strategik, dan menangani cabaran dunia siber bersama bagi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
Kunjungan turut diteruskan dengan majlis menandatangani MoU antara UNISSA dengan UINSSC. Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rekto UNISSA, manakala bagi pihak UINSSC ialah Profesor Dr Aan Jaelani, Rektor UINSSC.
Melalui penandatanganan MoU ini, pihak UINSSC dan UNISSA telah merancang untuk melakukan pertukaran pelajar dan tenaga akademik untuk mengikuti kursus jangka panjang atau pendek dalam program kemahiran yang melibatkan bidang Teknologi, Manuskrip dan Usuluddin.