HARI USRAH DAN MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN UNISSA 2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 26 Oktober 2024 – Kejohanan Sukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali merupakan salah satu aktiviti tahunan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar (MPP PPUNISSA) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Ia dihasratkan sebagai salah satu wadah untuk melahirkan individu yang bukan sahaja aktif dalam akademik, malahan juga dalam kegiatan sukan serta sihat fizikal dan mental. Salah satu pengisian di dalam Kejohanan Sukan Tahunan ini ialah Hari Usrah yang merupakan sukan ria yang berbentuk kekeluargaan melibatkan seluruh warga UNISSA dan keluarga untuk sama-sama berkumpul dan beriadah.

Kejohanan yang berlangsung selama hampir sebulan ini berakhir hari ini di Pantai Muara. Hadir selaku tetamu kehormat ialah YM Dr Haji Arman bin Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ak Md Afiq Hanif bin Pg Md Hadzarin, Exco Unit Keugamaan dan Takmir Surau, MPP PPUNISSA Sesi 2024/2025 lalu diikuti dengan aktiviti senaman pagi beramai dengan diketuai oleh Muhammad Amizal bin Amarin, Exco Unit Sukan dan Rekreasi, MPP PPUNISSA Sesi 2024/2025.

Acara dimeriahkan dengan pelbagai permainan sukan dan permainan keluarga yang telah disediakan pada acara penutup dan Hari Usrah Sukan bagi menguatkan lagi semangat bersukan dan juga mengeratkan silaturahim sesama warga UNISSA.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah serta pingat bagi para pemenang permainan sukan dan doa penutup yang diketuai oleh Exco Unit Keugamaan dan Takmir Surau, MPP PPUNISSA Sesi 2024/2025.