PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA BRUNEI DARUSSALAM CENTRAL BANK DAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Pada 18 November 2024 bersamaan dengan 16 Jamadilawal 1446, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Sabtu, 12 Oktober 2024 –
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental kepada pelajar UNISSA, Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T UNISSA telah mengadakan Forum bertajuk T.A.P.A.U (Tugas Apa Pun Anak Utamakan) sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024. Forum diadakan pada hari Sabtu, 12 Oktober 2024 bertempat di Dewan Auditorium UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah YM Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNISSA.
Forum pada hari ini disampaikan oleh Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Ketua Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan dan Lt (B) Diny bin Haji Karim, Kaunselor Royal Brunei / Presiden PEKA Brunei Darussalam.
Kesihatan mental seseorang turut dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutamanya jika beradakan dalam lingkungan keluarga yang tidak memberikan sokongan positif (toksik). Sehubungan itu, forum pada petang ini ada menyentuh tentang kepentingan pembahagian antara kerja dan keluarga, dan cara menghadapi keadaan keluarga yang toksik . Forum juga turut menyentuh tentang perbezaan mendidik anak pada zaman dulu dan zaman era digital yang semakin pesat.
Forum yang diadakan pada hari ini merupakan salah satu pengisian di dalam Program Mind to Heart 2.0 di bawah Unit Perkhidmatan Kaunseling. Selain Forum Kesihatan Mental, program ini juga turut dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti antaranya termasuklah Bazaar Jualan, Pameran Kesihatan Mental dan Self-Care Therapy.
Pameran Kesihatan Mental telah dijalankan selama 3 hari mulai 8 hingga 10 oktober 2024 di Dewan Auditorium UNISSA. Antara agensi yang turut terlibat menjayakan pameran adalah seperti Bahagian Kesihatan Mental dari Pusat Promosi Kesihatan, Perkhidmatan Psikiatri dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Pembangunan Masyarakat dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Pengajian Islam dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga dari KHEU, Unit Kaunseling Royal Brunei Airline, Al-Huffaz Management, Nuqra Quranic Learning Centre, Cureheart, Clarity Sendirian Berhad dan EMpowerior Counseling and Counsultancy.
Pada tahun ini, Program Mind To Heart 2.0 dianjurkan juga bersama Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSSE) UNISSA dan HSSE Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA dengan mengadakan Kempen Derma Darah dan Walkaton pada 27 Oktober 2024.
Program Mind to Heart 2.0 berlansung sepanjang bulan Oktober 2024 dan penyertaan aktiviti dibukakan kepada semua warga UNISSA. Antara tujuan program diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan seterusnya untuk menghapus stigma serta memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kesihatan mental.