WALKATHON MIND TO HEART 2.0 SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Ahad 27 Oktober 2024 – Bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, sosial dan mental, warga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menyertai acara walkaton yang berberlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelepasan peserta walkaton ialah Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu.

Turut hadir ialah Penolong Rektor (Akademik), Pendaftar, Dekan Pelajar, Timbalan Dekan Pelajar, Pegawai-Pegawai, Pensyarah-Pensyarah, Kakitangan dan pelajar UNISSA.

Acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diikuti dengan pelepasan para peserta yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan sejauh lima kilometer.

Acara berkenaan dianjurkan melalui Pejabat Kesihatan, Keselamatan dan Pesekitaran (HSSE), Unit Perkhidmatan Kaunseling, HSSE Majlis Perwakilan Pelajar dan Rakan U.M.A.T UNISSA bagi program Mind To Heart 2.0 sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 yang bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, memelihara kesejahteraan mental dan fizikal serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga UNISSA.