PERTANDINGAN TAZKIRAH DI DALAM BAHASA ARAB SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM BAGI TAHUN 1446H/2024M ANJURAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB, FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

15 Rabiulakhir 1446H bersamaan dengan 19 October 2024M,, hari Sabtu- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), menerusi Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan ‘Pertandingan Tazkirah di dalam Bahasa Arab’ sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1446H/2024M dengan membawa tema ‘Risalah dari Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam. Seramai lapan orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi tempatan dan antarabangsa UNISSA telah mengikuti pertandingan tersebut. Majlis dihadiri oleh Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim, Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab dan para pensyarah dan mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Johan Pertandingan Tazkirah dalam Bahasa Arab sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1446H/2024M, Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan dari Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Naib Johan Pertandingan Tazkirah dalam Bahasa Arab sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1446H/2024M, Ruwaida Katemmadi dari Fakulti Syariah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 Tempat ketiga Pertandingan Tazkirah dalam Bahasa Arab sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1446H/2024M, Mohd Kamal Shukri bin Mohd Kamal dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Semoga dengan adanya pertandingan ini menjadi salah satu wadah atau platform bagi mengajak generasi muda belia untuk memupuk rasa cinta kepada Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wassalam dengan mendedahkan kepimpinan, akhlak budi pekerti serta menerapkan nasihat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dalam diri mereka dan secara tidak langsung mempertingkatkan kualiti dan pengukuhan penggunaan bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam.