WALKATHON MIND TO HEART 2.0 SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2024
Ahad 27 Oktober 2024 – Bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, sosial dan mental, warga Universiti Islam
Ahad 27 Oktober 2024 – Bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, sosial dan mental, warga Universiti Islam
15 Rabiulakhir 1446H bersamaan dengan 19 October 2024M,, hari Sabtu- Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Isnin, 14 Oktober 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) adalah destinasi pengajian bagi 153 pelajar antarabangsa dari 27 buah negara, di mana 16 orang daripadanya ialah pemegang Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam (BDGS) dan 137 orang ialah pelajar persendirian. Dalam meraikan pelbagai budaya dan latar belakang serta mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa dan mahasiswi antarabangsa dan tempatan UNISSA melalui perkongsian adat tradisi negara, dan juga pengalaman sepanjang menuntut ilmu di UNISSA, Unit Hal Ehwal Antarabangsa (UHEA), Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan UNISSA International Day pada hari Sabtu, 20 April 2024 bersamaan 9 Syawal 1445H dengan tema “Sehati Sejiwa Al-Wafidun”.
Acara dihadiri oleh Yang Mulia Dr Hj Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA selaku tetamu kehormat majlis, pegawai-pegawai utama, pensyarah serta mahasiswa-mahasiswi UNISSA.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh Abduslam Jaidee, mahasiswa Tahun 3 Fakulti Syariah dari Thailand. Turut memeriahkan acara ialah forum sesi perkongsian pelajar antarabangsa yang disampaikan oleh panel forum yang terdiri daripada Mardhiah Binte Rozalan, mahasiswi Tahun 4 Fakulti Syariah dari Singapura; Mohamed Kouda; Mahasiswa Tahun 1 Sarjana Bahasa Arab berasal dari Togo dan Faisol; mahasiswa Tahun 3 Fakulti Syariah dari Thailand. Acara diisikan dengan pameran kebudayaan daripada negara-negara asal pelajar antarabangsa di UNISSA, iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Egypt, China, Jepun, Pakistan, Palestin, Nepal, Morocco, Nigeria, Ghana, Kenya dan Gambia. Antara yang ditampilkan ialah pakaian, makanan dan juga permainan tradisional. Acara turut diserikan dengan tayangan video dan persembahan choral speaking dan sketsa dari pelajar antarabangsa.