WALKATHON MIND TO HEART 2.0 SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2024
Ahad 27 Oktober 2024 – Bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, sosial dan mental, warga Universiti Islam
Ahad 27 Oktober 2024 – Bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, sosial dan mental, warga Universiti Islam
15 Rabiulakhir 1446H bersamaan dengan 19 October 2024M,, hari Sabtu- Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Isnin, 14 Oktober 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Penutup Tadarus, Iftar Jama’ie (Berbuka Puasa) & Penyampaian Derma Anak Yatim Warga UNISSA pada hari Sabtu, 19 Ramadhan 1445H bersamaan 30 Mac 2023M, jam 5.15 petang, bertempat di Dewan Ar-Rayyan, Kampus Sinaut UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad. Juga turut hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa/i yang menetap di Kolej Kediaman UNISSA.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan kemudian diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran.
Majlis ini adalah kesinambungan daripada Majlis Tadarus Al-Quran yang berjalan sepanjang bulan Ramadhan selepas sembahyang Fardu Zuhur yang melibatkan tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta pelajar UNISSA. Ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada warga UNISSA untuk melazimkan pembacaan Al-Quran di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga UNISSA.
Seramai 53 orang anak yatim warga UNISSA menerima sumbangan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Manakala 6 orang warga Kg. Sinaut menerima sumbangan Program Muttaqin Ramadhan anjuran Fakulti Pertanian. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan bersedekah serta bertimbang rasa dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan.