LAWATAN KUNJUNGAN DOSEN PENELITI INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN) KUDUS INDONESIA KE FAKULTI USULUDDIN UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

ISNIN, 2 SEPTEMBER 2024 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah menerima lawatan kunjungan daripada Dosen Peneliti Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Kudus, Indonesia bagi membuat perbincangan mengenai MoA antara Fakultas Ushuluddin IAIN Kudus dengan Fakulti Usuluddin UNISSA. Dalam pada itu juga membuat joint research bersama Dr Mariam binti Abdul Rahman, pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA. Perjumpaan lawatan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat L1.2, UNISSA di kampus Gadong.

Kunjungan lawatan ini telah disambut oleh YM Profesor Dato’ Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, (Dekan Fakulti Usuluddin (FU)), Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, (Timbalan Dekan FU), Dr Elsayed Abdalla Amin (Ketua Program Siswazah FU) dan Dr Hajah Masuriyati binti Haji Yahya (Ketua Program Prasiswazah FU),  serta Dr Hafini bin Haji Mahmud sebagai wakil daripada  Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa (PUSPAA) UNISSA.

Perjumpaan ini diakhiri dengan bacaan surah al-‘Asr sekaligus sesi bergambar ramai.