LAWATAN KUNJUNGAN GUEST LECTURE INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN) PONOROGO, INDONESIA KE FAKULTI USULUDDIN, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KHAMIS, 29 OGOS 2024 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah menerima lawatan kunjungan daripada rombongan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ponorogo, Indonesia untuk membuat guest lecture bagi perkongsian ilmiah dan kajian. Lawatan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Hal Ehwal Pelajar, HEP UNISSA di kampus Gadong.

Kunjungan lawatan ini telah disambut oleh YM Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA bersama pensyarah-pensyarah dan pelajar siswazah Fakulti Usuluddin, wakil Fakulti Syariah, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban dan Pusat Penyelidikan Madzhab Syafi’I serta wakil daripada Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA. Moderator bagi guest lecture ini ialah Dr Elsayed Abdalla Amin, Ketua Program Sarjana Fakulti Usuluddin, UNISSA

Daripada rombongan IAIN Ponorogo telah dihadiri oleh Wakil Rektor III. Prof. Dr. Miftahul Huda, M.Ag, Dr Ahmad Munir, M.Ag (Dekan Fakulti Ushuluddin Adab & Dakwah), Dr Irfan Riyadi, M.Ag (Wakil Dekan I Fakulti Ushuluddin Adab & Dakwah), Dr Iswahyudi, M.Ag (Wakil Dekan III Fakulti Ushuluddin Adab & Dakwah), Estu Unggul Derajat, M.Ec.Dev (Dosen Fakulti Ekonomi dan Bisnis Islam), Dr Rohmah Maulidia (Dosen Fakultas Syariah), dan Dr Lukman Santoso, M.H (Dosen Fakultas Syariah) IAIN Ponorogo Indonesia.

Guest Lecture ini telah berlangsung dengan perkongsian pembentangan daripada rombongan IAIN Ponorogo seperti berikut:

Bil Nama Jawatan Tajuk pembentangan
1 Prof. Dr. Miftahul Huda, M.Ag. Vice Rector for Student Affairs and Partnership Corporate Waqf of Indonesia; Implementation and Institutional Transformation
2 Dr. Ahmad Munir, M.Ag. Dean of Faculty Ushuluddin, Adab, and Dakwah. The Concept of Munâsabah Between Surah Al-Fâtihah And Al-Baqarah
3 Dr. Muhammad Irfan Riyadi, M.Ag. Vice Dean of  Faculty Ushuluddin, Adab, And Dakwah. Reyog Ponorogo Art Preservation: Standing Between Islam And Local Culture (Great Tradition And Little Tradition Study)
4 Dr. Hj. Rohmah Maulidia M.Ag Lecturer of Faculty Sharia Consumer Legal Protection Efforts Through Halal Certification Policy For Small Medium Industry In Ponorogo
5 Dr. Iswahyudi, M.Ag. Vice Dean of Faculty Ushuluddin, Adab, And Dakwah. Kitab Kuning And Moderatism (Study of Moderatism In The Book Of Fath Al-Mu’in By Shaykh Zainuddin Al-Malibari)
6 Dr. Lukman Santoso, M.H. Lecturer of Faculty Sharia In money Politics and Family Resilience In the Election Years: A Maqashid Perspective

Perkongsian Guest Lecture ini diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan bacaan surah al-‘Asr sekaligus sesi bergambar ramai.