BENGKEL KERJAYA: PERSIAPAN CV DAN TEMUDUGA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

BENGKEL PERSIAPAN CV DAN TEMUDUGA

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Bengkel Kerjaya: Persiapan CV dan Temuduga pada hari Rabu, 16 Safar 1446H bersamaan dengan 21 Ogos 2024M.

Seramai 54 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti bengkel yang diadakan di Dewan Auditorium, Pusat Pekerjaan Brunei.

Bengkel Kerjaya ini berjaya diadakan dalam dua sesi yang memberi fokus kepada persiapan temuduga dan teknik menjawap soalan temuduga.

Sesi pertama dimulakan dengan taklimat oleh Yang Mulia Tuan Mohd Khairul Hasbullah bin Haji Anuar, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II Pusat Pekerjaan Brunei. Dalam taklimatnya, Tuan Mohd Khairul Hasbullah telah berkongsi pelbagai tips berguna mengenai maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam Curriculum Vitae (CV) serta strategi penyediaan CV yang berkesan.

 

Beliau turut memimpin aktiviti praktikal yang menguji kebolehan peserta dalam menyediakan CV yang baik dan profesional.

Sesi kedua diadakan dengan penyampaian oleh Tuan Haji Abdul Azim bin Haji Salleh, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Pusat Pekerjaan Brunei. Beliau memberikan panduan berharga berhubung persiapan sebelum menghadiri temuduga, kepentingan penampilan yang sesuai dan kesiapsiagaan dalam menjawap soalan-soalan temuduga yang lazim. Peserta juga diberikan peluang untuk berlatih menjawap soalan temuduga melalui aktiviti interaktif yang dipimpin oleh beliau, yang membolehkan para peserta mengasah kemahiran menjawap soalan secara langsung.

Seterusnya, sesi soal jawap adalah dibukakan kepada peserta yang hadir pada petang ini.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk temuduga pekerjaan, meningkatkan kebolehan mereka dalam penyediaan CV yang berkesan, serta memantapkan kemahiran menjawap soalan temuduga dengan yakin.

Sesi bengkel ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada fasilitator-fasilitator Pusat Pekerjaan Brunei yang disampaikan oleh Dr Hajah Zurairatul Zakiah binti Dato Seri Setia Haji Rajid, Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), UNISSA.

 

Diharapkan agar semua tips dan strategi yang dikongsikan dalam bengkel ini dapat membantu para peserta dalam mempertimbangkan peluang untuk mendapat pekerjaan yang diinginkan. Persiapan yang teliti dan sikap yang positif adalah kunci kejayaan dalam mencari pekerjaan.