BENGKEL KERJAYA: KERJAYA SEBAGAI PENGAMAL UNDANG-UNDANG [SYARIAH DAN SIVIL] DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[Khusus bagi Pelajar dan Alumni Fakulti Syariah (FS) dan Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah
[Khusus bagi Pelajar dan Alumni Fakulti Syariah (FS) dan Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah
MAJLIS MALAM MAHABBAH SEMPENA SAMBUTAN MAWLIDUR RASUL 1446H Dengan penuh hormat sukacita menjemput warga KUPUSB,
Perpustakaan UNISSA akan mengadakan Open Maktabah selama tiga (3) hari iaitu pada 24, 25 dan
(Late Post)
13 Zulhijjah 1444H bersamaan dengan 2 Julai 2023M- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, menerusi Fakulti Bahasa Arab anjuran Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Takmir Masjid Kampong Sungai Buloh telah menyempurnakan majlis korban sempena hari raya Aidiladha 1444H/2023M yang lalu di Masjid Kampong Sungai Buloh. Dengan kerjasama ini, dapatlah BPFBA mengungkayahkan Program Yadan Bi Yadin “Adha Bersamamu” iaitu program Khidmat Masyarakat warga FBA yang terdiri daripada tenaga akademik dan mahasiswa/wi FBA.
Sebelum acara merewang dimulakan, Yang Mulia Dr Zulamali bin BPKDP Haji Matassan, Pensyarah FBA telah menyampaikan tazkirah ringkas “Adha Bersamamu” yang dihadiri oleh tetamu kehormat Majlis, YM Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik, UNISSA) beserta dengan YM Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, para akademik, mahasiswa/wi FBA, mahasiswa/wi Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten, AJK Takmir Masjid, para jemaah, para asnaf, fakir dan miskin.
Disusuli dengan acara tersebut juga acara merewang enam ekor lembu ternakan korban yang mana dua ekor daripadanya merupakan binatang korban bagi pihak warga FBA sendiri . Seterusnya penyerahan daging korban kepada para asnaf fakir miskin di kawasan Kg Batu Marang, Sungai Buloh dan kawasan disekitarnya. Mengakhiri acara ini juga para pelajar turut serta membantu AJK Takmir Masjid membersihkan perkarangan masjid berkenaan.
Dengan adanya projek ini dapatlah mentarbiyah para pelajar sifat kerjasama, ukhwah, kepimpinan dan tolong menolong dalam menyempurnkan aktiviti berkebajikan bersama masyarakat luar, agar mereka tidak hanya terbatas dengan pembelajaran di dalam kampus sahaja. Pihak warga FBA dengan amat berbesar hati mengambil peluang untuk melaksanakan program khidmat masyarakat berkenaan di samping menerapkan amalan tradisi Brunei antaranya adalah sifat bergotong royong sesama insan.