Bengkel dengan tema :”Citation, paraphrasing and referencing”

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date: January 25, 2023

Pada Rabu, 25 Januari 2023, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali(UNISSA) telah menganjurkan bengkel yang bertajuk “Citation, paraphrasing and referencing”.

Bengkel ini bertujuan bagi membantu para siswazah yang baru khususnya mengasah kemahiran dan memahami teknik penulisan tesis serta ilmu-ilmu terkini yang berkaitan dengannya. Disamping itu, menyediakan platform bagi para siswazah untuk bertukar idea dan berkongsi pengetahuan mahu pun permasalahan mereka antara satu dengan yang lain melalui perbincangan ilmiah.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr Hakimah binti Hj Yaacob, Penolong Kanan Profesor, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam dan diadakan di dalam Bilik Latihan L1.3, UNISSA. Seramai 27 siswazah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel Pengembangan Kemahiran Penulisan Tesis ini diharapkan dapat menjadikan pasca siswazah UNISSA lebih berilmu, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti serta mampu mencapai piawaian penyelidikan yang selayaknya