SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2021 PERINGKAT UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Buku Sedunia sebagai menyahut sokongan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang telah mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia.

Majlis perasmian Sambutan Hari Buku Sedunia telah disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal sekali gus dengan pelancaran Kelab Bahasa Inggeris, Empower UNISSA.

Pada majlis itu juga diadakan sesi Bincang Buku bertajuk ‘Wakaf Sudah Tiba Masanya untuk Berubah’ yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin. Buku tersebut menjelaskan secara terperinci tentang perkara yang berhubungkait dengan isu wakaf dari segi pemahaman dan perkembangan yang lebih relevan mengikut arus peredaran zaman.

Majlis tersebut dikendalikan oleh Perpustakaan UNISSA dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).

Antara lain tujuan majlis berkenaan diadakan ialah untuk memupuk minat membaca dan meningkatkan kepekaan warga UNISSA khususnya para pelajar terhadap buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran dan di perpustakaan di samping menarik lebih ramai pelajar dan tenaga akademik untuk berkunjung ke Perpustakaan UNISSA dan secara tidak langsung mempromosikan koleksi dan perkhidmatan perpustakaan.

Pelbagai aktiviti yang diadakan sempena Hari Buku Sedunia tersebut seperti Ma’rad Kutub yang melibatkan pameran dan jualan buku yang terdiri daripada penerbit-penerbit kerajaan dan tokoh-tokoh buku tempatan, jual-jualan makanan dan minuman, Bincang-bincang Buku (ulasan penulis bagi buku-buku yang baharu diterbitkan PPP), Bengkel Plagiarism dan Turn it in, kuiz, kIinik buku (perkhidmatan pembaikan buku) dan aktiviti storytelling anjuran PPIB.