LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban akan menawarkan Halalan Thayyiban Workshop on Animal Welfare and Slaughter kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan, para belia serta orang ramai yang berminat.
Adapun tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang cara penjagaan haiwan sebelum dan semasa penyembelihan, memberikan pengetahuan mengenai perbezaan antara sembelihan haiwan secara stunning dan tradisional halal dan mengetengahkan konsep Thayyiban dalam pengurusan rantaian bekalan daging halal.
Untuk makluman orang ramai, Halalan Thayyiban Workshop on Animal Welfare and Slaughter ini akan diadakan selama 1 hari iaitu pada hari Khamis, 21hb Julai 2022M, jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang, di Kampus UNISSA Sinaut. Yuran pendaftaran bagi Halalan Thayyiban Workshop on Animal Welfare and Slaughter ini adalah BND $100.00 (bagi setiap seorang peserta).
Pendaftaran bolehlah dibuat melalui link: https://bit.ly/SLAUGHTER_WAWS.Tarikh tutup pendaftaran bagi bengkel ini ialah pada hari Rabu, 29 Jun 2022, jam 4.30 petang. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai bengkel ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.