
UNISSA Sertai 2nd International Conference of Religious Leaders 2025: ‘The Role of Religious Leaders in Solving Conflicts’
Khamis, 28 Ogos 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Khamis, 28 Ogos 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
On Saturday, 16th August 2025, the Faculty of Islamic Development Management (FIDM) organised a session
Jumaat, 29 Ogos 2025 – Rektor UNISSA turut menghadiri 3rd Southeast Asia Scholars di Masjid
Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Unit Kokurikulum, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) hari ini telah mengadakan Upacara Menaikkan Bendera dalam memperingati Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-40 iaitu pada Hari Jumaat, 16 Februari 2024 bersamaan dengan 6 Sya’ban 1445H di kawasan letak kereta Zon ‘A’. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
Majlis Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 40 tahun didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Muhammad Azfarizul Faqhri Bin Azaman, daripada Unit Exco Keugamaan dan Takmir Surau Al-Syafi’i, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali sesi 23/24.
Majlis diteruskan dengan perbarisan lalu terdiri daripada pasukan berunifom UNISSA; kadet tentera, pasukan kadet polis, pasukan kadet bomba, persekutuan Pengakap Kelana 1102 dan Pasukan Bulan Sabit Merah. Antara tujuan upacara ini diadakan adalah untuk menanamkan semangat patriotik dikalangan warga UNISSA agar dapat memupuk rasa cinta kepada tanah air dan menjiwai kesedaran bernegara dalam memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara Brunei Darussalam khususnya sebagai sebuah institusi pendidikan Islam tulen.
Turut hadir sama ialah Penolong-Penolong Rektor, pegawai-pegawai utama, pegawai-pegawai, kakitangan dan pelajar UNISSA.