
MAJLIS ANUGERAH BUKU UNISSA 2024
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Bersempena Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 23 September 2024, Pusat Penyelidikan dan
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Pelancaran Sistem Perpustakaan Baharu anjuran Perpustakaan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik (PPPS) telah mengadakan sesi Retreat Penutup Pelan Strategik bagi tahun 2022 pada hari Khamis, 6 April lalu, bertempat di kampus Gadong UNISSA.
Sesi retreat tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai utama UNISSA yang telah menilai, meneliti, dan membincangkan tahap pencapaian Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) serta menggariskan strategi dan inisiatif dalam menangani isu dan cabaran yang berkaitan dengan pencapaian KPI sepanjang tahun 2022.
Sebanyak 78 KPI dalam Pelan Strategik UNISSA 2019-2023 telah dibentangkan. Hasil dari perbincangan dalam retreattersebut, UNISSA berjaya mencapai 81% dari sasaran KPI bagi tahun 2022. Analisis juga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian KPI dari segi kecemerlangan akademik dan pengantarabangsaan.
Tahun 2023 merupakan tahun terakhir bagi pelan strategik tersebut. Pada awal tahun ini, UNISSA telah mula merancang Pelan Strategik yang baru bagi tahun 2024-2028. Sehubungan itu, Rektor UNISSA, Dr. Norarfan bin Haji Zainal, dalam amanatnya menekankan kepentingan kerjasama yang berterusan dalam meningkatkan kualiti pengurusan agar dapat mencapai visi dan misi yang telah digariskan sebelum melangkah ke hadapan dengan pelan strategik yang seterusnya.
Selain itu, beliau juga turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha merealisasikan visi dan misi UNISSA dan meningkatkan kualiti pengurusan sesuai dengan piawaian antarabangsa.