
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersama pengajian tinggi lain di ASEAN, China dan Russia telah menyertai sebuah forum peringkat pemimpin pengajian tinggi pada 3 dan 4 Mac 2025. Forum yang dinamakan Rectors Forum of Russia and Thailand 2025 dan membawa tema “Education in Russia and Thailand: University – The Space of Innovations” ini berlangsung di Universiti Krirk, Bangkok . Forum merupakan platform untuk para peserta mendengar, berkongsi dan bertukar maklumat mengenai peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan antara negara peserta, dan sekali gus menjadi jambatan penghubung antara institusi silang negara dan budaya yang merentas sempadan benua. Oleh itu, aktiviti seperti mobiliti pelajar perlu dipergiat antara institusi di ASEAN dan Russia serta China. Ini sekali gus bagi membolehkan para pelajar meneroka peluang serta menimba pengalaman daripada negara luar dan seterusnya memahami rentak pekerjaan di ruang lingkup yang lebih luas. Berdasarkan hasrat ini Prof. Dr Karasae Chanawongse, dalam ucapannya menekankan pentingnya pendidikan tinggi dalam era digital dan perlunya kerjasama antarabangsa dalam mobiliti pelajar dan pertukaran ilmu. Forum ini dijalankan dalam empat bahasa utama: Inggeris, Thai, Rusia, dan Mandarin, dengan penterjemahan langsung untuk memastikan pemahaman menyeluruh kepada hadirin. Ini juga menunjukkan kebolehan dan kemahiran universiti penganjur dalam menguasai bahasa-bahasa dunia yang menjadi alat penghubung penting dalam menimba ilmu pengetahuan. Forum ini juga mendokong tema inovasi dan telah berkongsi banyak pengalaman dan amalan terbaik institusi pengajian tinggi antaranya yang menyerlah ialah apa yang dilakukan oleh Ho Chi Minh Industry and Trade University (HUIT) yang mempunyai kolaborasi dengan syarikat mega di Vietnam. Ini tidak disangkal dapat memberikan para pelajar ilmu yang sangat signifikan dalam memahami keperluan industri.
Antara institusi pengajian tinggi berpengalaman yang turut serta dalam forum ini ialah daripada universiti-universiti terkemuka seperti St Petersburg State University of Economics, Moscow State University, Nanyang Institute of Management, Ho Chi Minh Industry and Trade University (HUIT) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Wakil UNISSA juga berkesempatan mengadakan lawatan ke International Islamic College Bangkok (IICB) untuk membincangkan peluang kerjasama strategik. Apa yang menariknya IICB menawarkan Program Pengurusan Haji dan Umrah, Program Industri Halal dan Program Kewangan Islam di mana program-program ini adalah sepadan dengan apa yang ditawarkan di UNISSA. Ini membolehkan untuk diwujudkan program mobiliti dan latihan industri (internship) pelajar dari Kolej Islam antarabangsa, Bangkok Universiti Krirk dan UNISSA. Program ini dilihat sangat bersesuaian memandangkan UNISSA dan Universiti Krirk telah pun memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Dalam forum selama dua hari ini UNISSA tidak ketinggalan membentangkan sebuah pembentangan dengan tajuk “Universiti Islam Sultan Sharif Ali: A Glimpse of Excellent”.
Bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, UNISSA bercadang untuk menjalin kolaborasi akademik dengan beberapa buah universiti dalam forum ini. Sebagai contoh program-program yang ditawarkan oleh IICB iaitu program Pengurusan Haji dan Umrah, program Industri Halal dan porgram Kewangan Islam sangat sepadan dengan program-program di Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban dan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam. Seterusnya, UNISSA juga dilihat berpeluang meneroka program di St. Petersburg State University of Economics (UNECON), Moscow State of University, Ho Chi Minh Industry & Trade University (HUIT) yang menawarkan program undang-undang, kewangan Islam, teknologi dan inovasi serta perniagaan.
Dalam pada itu, program mobiliti pelajar merupakan program yang signifikan untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Pihak IICB telah pun menghadapkan secara rasmi cadangan untuk menghantar pelajarnya ke UNISSA bagi menjalankan internship pada tahun ini. Selain itu, UNISSA berpotensi untuk menandatangani MoU atau MoA dengan universiti-universiti di rantau Asia lainnya bahkan juga dengan pengajian tinggi di Russia.
Antara tetamu-tetamu yang turut hadir menyerikan forum ini selain Tuan Presiden Universiti Krirk sendiri ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Rusia, Duta Besar Rusia ke Thailand dan Rektor St. Petersburg State University of Economics (UNECON), Rusia. Mewakili UNISSA pula ialah Yang Mulia Dr Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor HEPA dan Yang Mulia Dayang Zalinawati binti Haji Mohaimin, Pendaftar UNISSA.
Bersama Prof. Dr Karasae Chanawongse, Presiden Universiti Krirk, Thailand dan salah seorang Professor dari Pennsylvania, Amerika Syarikat.