BAHASA ARAB TERUS DIPERKASA
Selasa, 4 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa
Selasa, 4 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Ahad, 25 Januari 2025- Pertandingan Chancellor’s Trophy bagi tahun 2024/2025 anjuran bersama Universiti Islam Sultan
Dalam usaha memperkenalkan buku-buku ilmiah terbitannya, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi UNISSA Press buat julung kalinya menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang telah berlangsung selama 10 hari bermula 3 Jun lalu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Malaysia.
Mengetuai rombongan bagi mewakili UNISSA Press di PBAKL ialah Pemangku Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP), UNISSA, Dayang Salwani binti Sabtu yang turut disertai oleh tiga orang pegawai dan kakitangan dari PPP.
PBAKL pada tahun ini merupakan penganjuran kali ke-39 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 4 Jun 2022 yang lalu.
PBAKL 2022 kembali setelah acara tahunan itu terhenti sejak 2020 akibat penularan pandemik COVID yang melanda seluruh dunia.
PBAKL 2022 menghimpunkan lebih 154 pempamer buku dari dalam dan luar negara termasuk Negara Brunei Darussalam, yang mana UNISSA Press adalah satu-satunya pempamer dari negara ini.