UNISSA MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ke Kampus UNISSA Cawangan Sinaut

Kehadiran Tuan Yang Terutama telah disambut oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, pegawai-pegawai eksekutif, Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban, Pemangku Dekan Fakulti Pertanian serta ahli akademik, kakitangan dan para pelajar.

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Rektor UNISSA sebelum diteruskan dengan tinjauan di sekitar kampus dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kampus Sinaut untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi program-program yang ditawarkan di Fakulti Pertanian serta di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban. Antaranya ialah lawatan ke Makmal Ibnu Sina, Rumah Herba, Ladang Jagung, kolam dan juga Galeri Al-Azhar.

Dalam lawatan ini, Duta Besar juga berinteraksi dengan rombongan dari Universiti Pertanian Malaysia Kampus Bintulu yang sedang mengadakan lawatan sambil pelajar di kampus berkenaan. Lawatan dan perbincangan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti pembelajaran serta penyelidikan di kamus berkenaan serta mengenalpasti potensi kerjasama dua hala antara UNISSA dan Republik Islam Pakistan khasnya dalam bidang pertanian, sains halal, teknologi serta inovasi.