LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
Rabu, 15 Mei 2024M – Duta Besar Amerika Syarikat, Puan Caryn Mcclelland beserta 3 orang lagi Diplomat Kedutaan Amerika Syarikat telah mengadakan lawatan ke UNISSA, Kampus Sinaut.
Kehadiran Duta Besar Puan Caryn Mcclelland telah disambut oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan juga dekan Fakulti Pertanian, Professor Madya Dr. Hajah Rose binti Abdullah serta Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah Binti Pengiran Haji Hashim dan disertai oleh ahli akademik, kakitangan dan para pelajar.
Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Rektor UNISSA sebelum diteruskan dengan tinjauan di sekitar kampus dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kampus Sinaut untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi program-program yang ditawarkan di Fakulti Pertanian serta di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban. Antaranya ialah lawatan ke Makmal Ibnu Sina, Rumah Herba, Ladang Jagung, kolam dan juga Galeri Al-Azhar.
Dalam lawatan ini, Duta Besar juga berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari Fakulti Pertanian dan Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti pembelajaran serta penyelidikan. Potensi kerjasama dua hala antara UNISSA dan Amerika Syarikat turut dibincangkan dalam bidang pertanian, sains halal, teknologi serta inovasi. Lawatan diakhiri dengan bergambar ramai.