TINGKATKAN KESEDERAN HALAL DI KALANGAN MASYARAKAT

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah mengadakan aktiviti ‘Halal Awareness Games’ pada 3 – 4 Disember 2022 bertempat di Dewan Bridex 1, Jerudong bersempena dengan Ekspo Produk Tempatan 2022 yang dikendalikan oleh Nor Surilawana binti Haji Sulaiman, Penolong Pensyarah Sambilan dan dua orang mahasiswi tahun 1 PPHT UNISSA.

Dengan adanya peluang berkenaan PPHT berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke ekspo berkenaan mengenai apa itu halal, syubhah dan haram serta halalan thayyiban dan halal non-thayyibat. Di samping itu, peserta permainan juga dapat mengenali logo-logo halal yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Brunei dan sebaliknya.

Selain itu, Dr Zeiad Amjad Abdulrazzak Aghwan, Timbalan Pengarah PPHT, juga telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai ‘Significance of Thayyiban Concept throughout The Halal Meat Supply Chain’ bersempena ekspo berkenaan pada 4 Disember 2022.

Diharap program-program seperti ini dapat dilaksanakan lagi bagi membudayakan masyarakat bermaklumat dan sedar akan apa itu halal.