
EKSPLORASI KERJAYA 3.0: JABATAN PENERANGAN
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) dipelawa untuk mempromosikan
12 APRIL 2025, SABTU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) telah menganjurkan Taklimat Kerjaya PSC dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), bertempat di Ruang Latihan Tingkat 4, Wing B, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan alumni UNISSA. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh tentang laluan kerjaya dalam sektor kerajaan serta membantu peserta memahami proses, kriteria, dan keperluan permohonan bagi menyertai perkhidmatan awam di Negara Brunei Darussalam.
Taklimat kerjaya ini disampaikan oleh Yang Mulia Puan Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Beliau berkongsi tatacara pendaftaran dan penggunaan platform PSC Recruitment 2.0, iaitu sistem dalam talian yang digunakan untuk permohonan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam.
Antara sesi yang dikongsikan adalah mengenai tips dan nasihat berguna berkaitan ujian bertulis dan sesi temuduga, termasuk persediaan mental, strategi menjawab soalan, serta aspek tingkah laku dan etika yang perlu ditekankan semasa proses pemilihan.
Sesi taklimat ini diakhiri dengan sesi konsultasi dan bergambar ramai.
Hasil taklimat ini diharapkan dapat menjadi platform awal yang berguna bagi para pelajar dan alumni UNISSA untuk merancang hala tuju kerjaya mereka, seterusnya berkhidmat kepada negara dengan penuh komitmen dan integriti.