SEMINAR ANTARABANGSA : RECONSTRUCTING ISLAMIC IDENTITY THROUGH LANGUAGE,LITERATURE AND HISTORY ANJRAN UNISSA DAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL, SURABAYA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

20 September 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Fakultas Adab Dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya telah mengadakan Seminar Antarabangsa Reconstructing Islamic Identity Through Language, Literature And History.

Seminar yang diadakan secara atas talian tersebut telah disertai oleh seramai 132 orang peserta yang terdiri daripada para tenaga akademik, mahasiswa-mahasiswi dari kedua-dua buah universiti serta para ilmuan.

Dalam ucapan pembukaan, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA telah menekankan akan kepentingan mempertahankan dan mengekalkan identiti Islam. Dalam dunia moden yang serba mencabar, banyak pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah ini. Selain dari peranan keluarga, para Dai’e dan media sosial, Institusi Pengajian Tinggi jua memikul peranan yang penting. Justeru, pendekatan dan pemahaman kepada mereka perlu dititikberatkan bagi menjamin kelestarian sebuah negara.

Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Dr H.Muhammad Kurjum M.Ag, Dekan Fakultas Adab Dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya.

Seramai 3 orang pembentang telah mengongsikan pendapat mereka dalam seminar ini. Mereka terdiri daripada YM Profesor Dr Imam Ghazali, MA dari Fakultas Adab Dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya, YM Dr Ahmed Yani dari Fakulti Bahasa Arab, UNISSA dan YM Dr Abdul Razak Abdulroya Panaemalae dari Walailak Universiti, Thailand.

Seminar antarabangsa ini, selain ianya merupakan platform bagi bertukar-tukar fikiran dalam kalangan perserta yang menyertai seminar, ianya jua dihasratkan dapat menjalinkan ukhwah antara peserta.

Seminar diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai.