LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
Ahad, 30 Mac 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan. Kempen tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Sinaut di Daerah Tutong dengan kerjasama dan dokongan ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid. Aktiviti ini merupakan inisiatif khidmat masyakat badan pelajar untuk penduduk Kampung Sinaut. Ia juga melatih pelajar untuk membiasakan diri dalam membuat aktiviti berkebajikan seperti bergotong royong dan sebagainya terutama sekali di bulan puasa.
Selain daripada aktiviti kempen, PPHT juga mewaqafkan dua buah kipas bagi kegunaan jemaah masjid. Hadir untuk menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengiran Dr Hajah Norkhairiah Pengiran Haji Hashim, Pengarah PPHT kepada Pg Mohd Fakhrin bin Pg Mohd Dani, Imam Tkt III di Masjid tersebut.
Masjid memainkan peranan penting dalam sebuah masyarakat, justeru itu, amalan menjaga kebersihan haruslah diamalkan untuk memberi keselesaan jemaah masjid untuk beribadat. Kebersihan dan keselesaan masjid adalah menjadi keutamaan agar kesucian tempat beribadat sentiasa terjaga. Ini kerana persekitaran yang kotor dan dipenuhi sampah sarap akan mencemarkan keindahan, kesucian dan khususnya imej masjid sebagai tempat beribadat. Antara objektif aktiviti kempen ini adalah untuk menyemaikan sifat pemedulian dan melahirkan belia yang bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, bersatu padu, cekal yang menyumbang kepada pembangunan negara. Aktiviti ini juga diharapkan dapat mendekatkan hubungan silaturrahim diantara institusi pengajian tinggi dengan penduduk kampung.