
UNISSA SERTAI FORUM PEMIMPIN UNIVERSITI DI BANGKOK
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersama pengajian tinggi lain di ASEAN, China dan Russia
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bersama pengajian tinggi lain di ASEAN, China dan Russia
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Bersempena Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 23 September 2024, Pusat Penyelidikan dan
Jumaat, 07 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Kolej Kediaman serta Unit Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Program T.E.A.M (T-taklimat pengurusan, E-etika pengurusan, A-akauntabiliti berpasukan, M- menyampaikan perkhidmatan). Program ini merupakan satu program latihan pengurusan perkhidmatan di bawah Unit Kolej Kediaman UNISSA yang disasarkan khusus untuk semua Ahli Jawatankuasa Unit Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar sesi pengajian 24/25.
Kandungan dalam program ini adalah mengenai pengurusan Kolej Kediaman yang berkesan serta mempraktikkan semangat kerjasama, interaksi positif, dan penjanaan idea dalam meningkatkan kualiti dan mutu kerja yang lebih efektif pada masa akan datang. Di samping itu, dapat meningkatkan perasaan bertanggungjawab, etika moral dan dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara berkumpulan.
Aktiviti pada hari tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Abdul Hakiim bin Ali, Exco Kolej Kediaman Siswa dan seterusnya taklimat diadakan yang disampaikan oleh Sarina binti Haji Sawal, Pengurus Kolej Kediaman Siswi UNISSA dan diselang-selikan dengan beberapa aktiviti yang diselia oleh Norsadiah binti Matarsad, Pegawai Kaunselor UNISSA. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dengan bacaan Surah Al-‘Asr sebagai penutup tirai program pada hari tersebut. Program ini juga turut dihadiri oleh, Yang Mulia Nurhafizatulhikmah binti Haji Seribini, Dekan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UNISSA. Jumlah kehadiran peserta seramai 32 orang.