Sabtu, 22 Mac 2025Â – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKMKS), Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar UNISSA bagi sesi 2024/2025, telah mengadakan program penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan yang memerlukan dalam kalangan pelajar UNISSA sempena Program ‘Ramadhan Food Drive 25: Ikhlas Memberi, Berkat Menanti’.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dr Haji Arman Bin Haji Asmad, Pemangku Timbalan Rektor, UNISSA. Juga turut hadir Pegawai-Pegawai Eksekutif, Pegawai-Pegawai Utama, pegawai dan kakitangan UNISSA serta ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA sesi 2024/2025.

Jenis sumbangan adalah berupa pek makanan asasi serta hamper makanan bagi kegunaan Hari Raya Aidilfitri.

Program Ramadhan Food Drive 25, diteruskan pada waktu petang dengan pengagihan sumbangan oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar, UNISSA ke beberapa buah rumah yang terpilih di RPN Panaga, Seria.
