PROGRAM MAULID ‘PERINDU KASIH RASULULLAH S.A.W’

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 28 September 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Fakulti Usuluddin melalui Badan Pelajar Usuluddin (BadrU) dengan kerjasama Balai Talaqqi telah mengadakan Majlis Maulid ‘Perindu Kasih Rasulullah SAW’ yang bertempat di Auditorium, UNISSA. Seramai 107 warga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) tenaga akademik, pelajar Fakulti Usuluddin dan juga daripada orang awam  yang menghadiri majlis tersebut. Acara maulid ini bertujuan untuk memperingati junjungan Nabi Muhammad SAW atas perjuangan baginda memperjuangkan agama Islam.
Acara dimulakan dengan bacaan Maulid Adhiyaul-lami dan alunan Qasidah yang diketuai oleh beberapa mahasiswa dari pelajar fakulti usuluddin & juga daripada orang luar. Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan kitab As Syifa Bita’rifi Huquqil Musthofa yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Ahyad bin Hj Amynoor, Da’ie Bertauliah MUIB. Pembacaan kitab ini bertujuan bagi memperluaskan lagi ilmu pengetahuan tentang Nabi Muhammad SAW khususnya terhadap penuntut ilmu dan juga kepada masyarakat.
Majlis ditutup dengan bacaan doa selamat & doa kesyukuran yang diketuai oleh Ketua Unit Keugamaan & Kerohanian Badan Pelajar Usuluddin, Muhammad Hazmi bin Haji Abd Mutalib sekaligus dengan bergambar ramai bagi pihak mahasiswa dengan tetamu kehormat majlis.