
MAJLIS ANUGERAH BUKU UNISSA 2024
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Sebanyak tiga buah buku dan dua artikel jurnal berimpak tinggi telah dinobatkan untuk menerima Anugerah
Bersempena Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 23 September 2024, Pusat Penyelidikan dan
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Pelancaran Sistem Perpustakaan Baharu anjuran Perpustakaan
14 November 2022, Institut Agama Islam Negeri Palopo, Indonesia telah mengadakan Program Lawatan Ilmiah yang mana Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Universiti Islam Sultan Sharif Ali diamanahkan untuk melaksanakan program tersebut yang berlangsung di UNISSA.
Program Lawatan Ilmiah ini bertujuan bagi mengaktifkan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) yang masih berjalan antara dua buah institusi pengajian tinggi (IPT) Islam. Program ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Dr Azme bin Haji Matali. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah, Dr Hajah Masuriyati binti Haji Yahya, ketua-ketua Program Siswazah UNISSA serta seramai 40 siswazah dari kedua-dua IPT Islam berkenaan. Manakala, rombongan yang dihadiri oleh IAIN Palopo, Indonesia terdiri daripada Direktor Pascasarjana IAIN Palopo, Dr. H.M. Zuhri Abu Nawas, wakil Direktur Pascasarjana Dr. Edhy Rustan, pensyarah-pensyarah, kakitangan serta siswazah IAIN Palopo.
Acara program tersebut berbentuk diskusi ilmiah melalui penyampaian kertas kerja yang telah disampaikan oleh beberapa tenaga akademik UNISSA dan IAIN Palopo sebagai pembentang. Pertemuan antara kedua-dua IPT Islam dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sudah terjalin sekian lama disamping memperoleh ilmu yang bermanfaat.