PROGRAM KURSUS ASAS PENGURUSAN JENAZAH

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Jumaat, 13 September 2024 — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sesi 2023/2025 dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA telah menganjurkan “Program Kursus Asas Pengurusan Jenazah” yang dikendalikan oleh Ar-Razaq Kifayah Management.

Seramai dua puluh peserta terdiri daripada alumni-alumni UNISSA telah menyertai program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dalam menunaikan fardhu kifayah, mempersiapkan diri untuk menjadi pengurus jenazah apabila diperlukan, serta meningkatkan kualiti dan kemahiran alumni UNISSA dalam bidang keagamaan.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh wakil dari Ar-Razaq Kifayah Management. Seterusnya, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ahmad Ahyad Bin Haji Amynoor, Ketua Unit Pembangunan Kemahiran dan Tarbiyah, Persatuan Alumni UNISSA.

Program diteruskan dengan sesi penerangan barang-barang yang diperlukan dalam pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Cikgu Asmady bin Ahmad, Pengapai Masjid Kampung Pulaie.

Semasa sesi praktikal, para peserta dipecahkan menjadi dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. 3 orang penggapai lelaki dari Ar-Razzaq sebagai fasilitator kumpulan lelaki dan Cikgu Asmady bin Ahmad sebagai fasilitator kumpulan perempuan.

Antara aktiviti praktikal yang diadakan adalah memotong kain kafan, memandikan jenazah, dan mengkafankan jenazah.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Abdul Rashid Bin Haji Zainie, Bendahari, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA, dan ucapan penutup disampaikan oleh Rabi’atul Adawiah binti Azman, Timbalan Setiausaha, Persatuan Alumni UNISSA. Majlis ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr beramai-ramai dan sesi bergambar secara berkumpulan.