
EIDCLEANUP DONATIOAN ANJURAN BERSAMA UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN RAKAN U.M.A.T UNISSA
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
Khamis, 13 Jun 2024 – Pusat Promosi Kesihatan (PPK), Kementerian Kesihatan telah menganjurkan siri Program Kesihatan Warga Emas khususnya untuk Pusat Kegiatan Warga Emas, Daerah Tutong.
Dalam usaha memperkasa warga emas untuk mengamalkan cara hidup sihat yang berterusan, PPK telah menjemput Puan Raihana binti Mohd Raffi, Penolong Pensyarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali sebagai fasilitator bagi program tersebut.
Adapun pengisian program merangkumi amanah menjaga kesihatan dari perspektif Maqasid Syariah; diet pemakanan menurut perspektif Halal dan Sunnah; Cara kehidupan yang sihat bagi menangani masalah penuaan; tips semak logo HCL dan Halal.
Beberapa aktiviti dan kuiz sampingan juga telah diadakan untuk menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang halal.
Inisiatif ini juga dijalankan bertujuan untuk menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035 nombor 2 untuk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi.
Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah memelihara akal, akidah, nyawa dan kekayaan serta komitmen global seperti matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik).