
PROGRAM DUAL IJAZAH SARJANA MUDA KINI DITAWARKAN DI UNISSA
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan
Sabtu, 15 Jun 2024 – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan (PPK) telah mengadakan siri program Kesihatan bagi warga emas yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kampung Pandan, Kuala Belait.
Program ini merupakan inisiatif PPK dalam usaha memperkasa warga emas untuk mengamalkan cara hidup sihat yang berterusan.
Justeru itu, untuk siri kali ini, PPK telah menjemput Puan Nor Surilawana binti Haji Sulaiman, Penolong Pensyarah, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali untuk mengongsikan ilmu mengenai konsep pemakanan halalan thayyiban dalam usaha mengekalkan Kesihatan mampan kepada warga-warga emas di Daerah Kuala Belait.
Program ini antara lain bertujuan untuk melengkapkan warga emas dengan pengetahuan konsep dan prinsip halal, konsep asas kebersihan dan keselamatan makanan bagi amalan mampan serta tips amalan semak sebelum beli.
Inisiatif ini juga dijalankan bertujuan untuk menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035 nombor 2 untuk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi.
Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah memelihara akal, akidah, nyawa dan kekayaan serta komitmen global seperti matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik).