PROGRAM KERJASAMA TINGKAT KEMAHIRAN TEKNOLOGI BAHASA ARAB

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 18 April 2025, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan sebuah program “DIGITAL DISCOVERY: WEB & WORLD“. Program ini dijalankan oleh pelajar penempatan Latihan Industri dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke FBA, UNISSA Negara Brunei Darussalam.

Program ini diadakan khusus bagi pelajar FBA bagi memperluas kreativiti pelajar fakulti dalam penggunaan sistem teknologi yang sedia ada di era digitalisasi ini, selaras dengan aspirasi negara Wawasan 2035 iaitu bagi memastikan rakyat akan berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya.

Program yang dikendalikan oleh seramai enam orang pelajar Latihan Industri ini juga adalah usaha FBA dalam menyahut seruan Matlamat Pembangunan Mampan iaitu Pendidikan Bermutu dan menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan.

Turut hadir Dr Hajah Rafidah Binti Haji Abdullah, Dekan FBA UNISSA dan Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim, Timbalan Dekan yang turut memeriahkan program tersebut.

Program ini dihasratkan agar dapat memberi manfaat kepada mahasiswa/i FBA dalam menggunakan teknologi secara kondusif dan interaktif, di samping memberi peluang kepada pelajar dalam memperkukuhkan kemahiran dan keyakinan diri dalam menggunakan teknologi dalam pendidikan.