![](https://unissa.edu.bn/storage/2025/02/LAWATAN-DAN-MOU-UNIVERSITAS-MUHAMMADIYAH-PONTIANAK-6-300x198.jpg)
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH PONTIANAK JALINKAN KERJASAMA
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan
Rabu, 12 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus UNISSA Gadong dan
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Hari Terbuka UNISSA adalah salah satu acara tahunan yang bertujuan untuk mendedahkan dan mengongsikan pelbagai program pengajian akademik yang ditawarkan oleh UNISSA.
Pada tahun ini, UNISSA menawarkan beberapa program baru antaranya Program Ijazah Dual Sarjana Muda (Dual Degree Programme) Kewangan Islam yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) UNISSA dan Program Sarjana Muda Kewangan Islam dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Selain itu, antara program baru yang ditawarkan ialah Program Dual Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (BADM) yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA dan Program Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan(BBM) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
Pusat Pengajian Manuskrip Islam, UNISSA juga menawarkan dua program baru bagi peringkat siswazah iaitu Program Ijazah Doktor Falsafah Manuskrip Islam (Secara Penyelidikan) dan Ijazah Sarjana Manuskrip Islam (Secara Penyelidikan).
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa juga menawarkan program baru iaitu Program Tamhidi UNISSA-Kolej International Graduate Studies (KIGS) yang sudah bermula pada Januari 2025.
Pelaksanaan program-program baru ini membuka peluang dan pengalaman baru di peringkat antarabangsa kepada pelajar. Penawaran program baru ini juga menjadikan kehadiran UNISSA semakin dirasai di arena pendidikan antarabangsa dalam mengukuhkan reputasi UNISSA dalam menawarkan program akademik bertaraf global.