
PENSYARAH FBA UNISSA IKUTI PROGRAM LATIHAN PENDIDIKAN PAKAR BAHASA ARAB DI JEDDAH
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
Jumaat, 2 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Musabaqah al-Qurán Bahagian Dewasa Peringkat
UNISSA Press akan mengikuti Pameran dan Jualan Buku sempena Global Good Governance (3G) Summit and
Sabtu, 08 Jun 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dan badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS), baru-baru ini telah melaksanakan Program Celik Halal di Sekolah Nusa Laila Puteri, Sungai Buloh. Program tersebut diketuai oleh Penolong Pensyarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Raihana Mohd Raffi serta mahasiswa dan mahasiswi PPHT sebagai fasilitator program.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendidikan awal mengenai pengetahuan asas tentang halal dan haram terutama dalam aspek makanan. Selain itu sasaran utama program ini adalah para pelajar Tahun 4, 5 dan 6.
Program dimulakan dengan sesi pembelajaran interaktif dan pembentangan menarik mengenai pengertian halal dan haram yang telah disampaikan oleh fasilitator program. Bagi menarik minat peserta, beberapa permainan mini-games dan juga latihan telah diadakan untuk menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang halal. Pelajar yang berjaya menjawab latihan dan kuiz turut diberikan hadiah galakan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap amalan halal, yang membolehkan generasi muda mendedahkan konsep tersebut pada awal kehidupan dan menanam asas pengetahuan halal. Dengan perbincangan yang mendalam, aktiviti yang menarik, dengan itu menjadikan program ini menjadi contoh komitmen PPHT dalam mempromosikan integriti dan kesedaran halal dalam masyarakat kita.