PROGRAM CELIK HALAL 2.0 DI SEKOLAH ARAB BELAIT

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

PROGRAM CELIK HALAL 2.0 SIRI KE-7

Khamis, 20 Jun 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dan badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS), baru-baru ini telah melaksanakan Program Celik Halal 2.0 di Sekolah Arab Belait atas jemputan dan anjuran Unit Mawad Diniyyah Sekolah Arab Belait. Program tersebut diketuai oleh Penolong Pensyarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Raihana Mohd Raffi, selaku fasilitator program dengan bantuan badan pelajar HTSS.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar bagi mengetahui dan mendalami pendidikan awal mengenai pengetahuan asas tentang halal dan haram terutama dalam aspek makanan. Seramai 99 orang pelajar telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 5 hingga Tahun 8.

Program dimulakan dengan sesi pembelajaran interaktif dan pembentangan menarik mengenai pengertian halal dan haram yang telah disampaikan oleh fasilitator program. Bagi menarik minat peserta, beberapa permainan mini-games dan juga latihan telah diadakan untuk menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang halal. Pelajar yang berjaya menjawab latihan dan kuiz turut diberikan hadiah galakan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap amalan halal, yang membolehkan generasi muda mendedahkan konsep tersebut pada awal kehidupan dan menanam asas pengetahuan halal. Dengan perbincangan yang mendalam, aktiviti yang menarik, dengan itu menjadikan program ini menjadi contoh komitmen PPHT dalam mempromosikan integriti dan kesedaran halal dalam masyarakat kita.