PERTANDINGAN TABLE TENNIS (LELAKI) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI PIALA CANSELOR 2024/2025
Jumaat, 7 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus memacu kecemerlangan sukan
Jumaat, 7 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus memacu kecemerlangan sukan
Selasa, 4 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa
Isnin, 3 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), terus berusaha dalam memupuk
Ahad, 9 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus memacu kecemerlangan dan semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswi dengan menganjurkan Kejohanan Table Tennis bagi Kategori wanita sempena Piala Canselor 2024/2025 antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Gymnasium, Kampus Gadong, UNISSA.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dalam kategori perseorangan, Haneeyah Dueramae dari UNISSA dinobatkan sebagai juara, manakala Nurul Fitri Sofia Binti Haji Rosli dari UTB meraih naib juara, diikuti oleh Aina Nasuha Binti Haji Masri dari UBD di tempat ketiga.
Bagi kategori beregu pula, pasangan UTB, Nurul Khairina Binti Kamal dan Izzati Binti Haji Sahrin muncul juara kejohanan tersebut. Naib juara pula dimenangi oleh Nur Rifqah Ramizah Binti Haji Roslan dan Dk Nurul Amal Addina Syamsina Athirah Binti Pg Hj Noorezamy dari UNISSA. Manakala tempat ketiga pula diraih oleh Dk Nor Hidayati Binti Pg Saidi dan Nurlia Putri Ernawati Binti Budiana dari UBD.