
EKSPLORASI KERJAYA 4.0: MENJANA ILMU & INSPIRASI BERSAMA JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
19 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan
Pada hari Isnin, 14 April 2025 bersamaan 16 Syawal 1446H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Isnin, 14 April 2025 – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat
Isnin, 3 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), terus berusaha dalam memupuk kemahiran berbahasa dan pemikiran kreatif dikalangan mahasiswa dan mahasiswi dengan menganjurkan Pertandingan Pidato Piala Canselor 2024/2025 diantara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Auditorium, Kampus Gadong, UNISSA.
Kejohanan tersebut menyaksikan penyertaan dari 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).
Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kejohanan itu ialah Yang Mulia Professor Dr Siti Sara Binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik), Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Pasukan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) iaitu Syafiqah Mumtazah binti Haji Mohd Arriffen telah mengumpul markah tertinggi dan dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan tersebut.
Naib juara disandang oleh Norafifah binti Haji Latif dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) manakala Nuraqilah binti Mardi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) memperoleh tempat ketiga.